Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelanggan Baiduri Finance terima ganjaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Lapan orang pelanggan bertuah Promosi Take the Fast Lane to Greater Rewards Baiduri Finance menerima hadiah mereka dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat Baiduri Finance, Sumbangsih Bahagia, hari ini.

    Pada majlis itu, lima orang pelanggan bertuah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai $5,000 iaitu Emad Mahdy Sadek Mohamed, Awangku Sufian Mohammad Asrina bin Pengiran Haji Sulaiman, Awang Muhammad Raimi bin Ramli, Sui Boon Lee dan Dayang Mazlina binti Haji Majid.

    Manakala itu, tiga lagi menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai $500 iaitu Awang Viddey Azimey bin Suhaili, Dayang Norizani binti Che Ali dan Awangku Haji Sidek bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Salah seorang pemenang utama, Dayang Mazlina menyatakan perasaan amat gembira dan terkejut apabila dipilih sebagai salah seorang pelanggan bertuah bagi cabutan utama promosi berkenaan.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bertuah promosi berkenaan ialah Pengurus Operasi Jualan dan Pemasaran, Baiduri Finance, Dayang Nurainun binti Abdullah.

    Mengulas mengenai promosi itu, beliau berkata bahawa dengan promosi itu, mereka bukan sahaja ingin mengucapkan terima kasih pada pelanggan setia mereka tetapi juga menunjukkan betapa mudahnya bagi mereka membuat pembayaran sewa beli.

    Beliau menambah, res-pons terhadap promosi itu adalah amat menggalakkan dan disebabkan itu, pihaknya akan mengadakan lebih banyak promosi yang menarik pada tahun ini.

    Dalam promosi yang berjalan dari awal November 2019 hingga penghujung Januari lalu itu, para pelanggan yang membuat bayaran bulan sewa beli dan pembaharuan insurans kenderaan menerusi Direct Debit atau Recurring Billing menggunakan Kad Pra Bayar Auto Direct Mastercard Baiduri berpeluang untuk memasuki cabutan bertuah.

    Wajah-wajah gembira para pemenang bertuah setelah menerima hadiah yang dimenangi pada cabutan utama berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda