Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lima pelanggan bertuah Boustead menang hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Lima pelanggan bertuah Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal automobil Suzuki di Negara Brunei Darussalam telah dipilih sebagai pemenang dalam pusingan kedua cabutan promosi Promosi Hujung Tahun 2021 Suzuki, Live More, Worry Less dan menerima hadiah masing-masing, hari ini.

    Awang Muhammadnoh bin Haji Diris memenangi hadiah utama berupa baucar tunai bernilai $5,000, Hajah Rosnani binti Haji Saili di tempat kedua menerima baucar $2,000 dan hadiah ketiga iaitu baucar tunai $1,000 dimenangi oleh Awang Muhammad Idrus bin Haji Mohd Soehine.

    Sementara itu, Haji Zainal bin Haji Othman dan Dayang Norlisa binti Abdullah Duraman memenangi tempat keempat dan kelima dengan masing-masing membawa pulang baucar tunai $500.

    Penyampaian hadiah pada majlis yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Gadong disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Boustead Sdn Bhd, Awang Sofian bin Haji Bahar.

    Pusingan kedua promosi itu berjalan dari pertengahan Disember 2021 hingga pertengahan Januari lalu.

    Lebih 250 penyertaan telah diterima dalam sebulan di mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Suzuki sepanjang tempoh promosi layak menyertai cabutan bertuah.

    Awang Sofian bergambar ramai bersama para pemenang pusingan kedua promosi Live More, Worry Less, pada majlis penyampaian hadiah di Dewan Pameran Suzuki, Gadong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...