Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelanggan bertuah Promosi #BeliHelix dipilih

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Lima orang pelanggan telah dipilih untuk menerima hadiah sagu hati dalam Promosi #BeliHelix setelah cabutan diadakan di Pejabat Syarikat Pemasaran Brunei Shell Co Sdn Bhd (BSM), di sini, hari ini.

    Hadir untuk menyaksikan cabutan kedua yang dilakukan oleh wakil-wakil media itu ialah pihak pengurusan dan kakitangan BSM termasuk Eksekutif Komersial BSM, Haji Zainie bin Haji Suhaili.

    Para pemenang hadiah sagu hati bagi cabutan kedua promosi berkenaan akan diumumkan pada minggu depan dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 19 Januari nanti di TK Asco Enterprise iaitu salah sebuah bengkel jenama Shell Helix.

    Pelanggan-pelanggan yang dipilih berkenaan adalah bagi Disember dan mereka masih lagi layak untuk memasuki cabutan hadiah utama yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta BMW 118i.

    Haji Zainie bergambar ramai dengan wakil-wakil media dan kakitangan BSM selepas majlis cabutan hadiah sagu hati kedua Promosi #BeliHelix yang berlangsung di Pejabat BSM, Bandar Seri Begawan.

    Di samping itu, hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi oleh para pelanggan BSM dalam Promosi #BeliHelix adalah pakej percutian untuk dua orang ke Dubai dan kad tunai bernilai $2,500.

    Menurut BSM, promosi itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada para pelanggan mereka di mana lebih 6,106 penyertaan telah dicatatkan bagi Disember sahaja.

    Promosi #BeliHelix dilancarkan pada 28 Oktober 2017 dan akan berakhir pada 31 Januari nanti. Cabutan utama dan penyampaian hadiah bagi promosi berkenaan akan diadakan pada Februari nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda