Lima pemain jadi tumpuan di CSL

SUZHOU, 24 JULAI – Liga Super China (CSL) telah menjadi tajuk utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan menarik pemain dan jurulatih asing dengan gaji yang termahal.

Menjelang musim baharu CSL yang bermula pada Sabtu ini, yang tertangguh lima bulan akibat pandemik COVID-19, AFP Sport memilih pemain CSL yang menjadi perhatian:

Paulinho (Kelab Guangzhou Evergrande / Brazil)

Pemain tengah antarabangsa Brazil itu akan menyambut ulang tahunnya ke-32 pada perlawanan pembukaan musim ini, ketika Evergrande berdepan menentang juara Piala FA, Shanghai Shenhua yang merupakan pasukan terkuat serta juara bertahan.

Dikenali sebagai ‘Violent Bird’ di China disebabkan gaya dan aksi permainannya. Bekas bintang Barcelona dan Tottenham Hotspur itu telah memenangi CSL empat kali dan juga pemenang Liga Juara-Juara Asia.

Marouane Fellaini (Shandong Luneng / Belgium)

Pemain tinggi lampai berusia 32 tahun ini adalah satu-satunya pemain CSL yang telah dijangkiti COVID-19 dan menghabiskan tiga minggu di hospital sehingga dibenarkan keluar pada pertengahan April lalu.

Tetapi dia sudah kembali cergas dan bekas bintang Manchester United itu, yang bermain di posisi tengah atau di depan, perlu kembali sihat sepenuhnya untuk memulakan musim.

Gambar fail 13 Mei 2019 menunjukkan aksi pemain penyerang Shanghai SIPG, Hulk ketika mengawal bola dalam perlawanan Liga Super China antara Shanghai SIPG dan Shandong Luneng di Shanghai. – AFP

Marko Arnautovic (Shanghai SIPG / Austria)

Penyerang Austria yang pernah menyertai West Ham United sebelum pindah pada musim panas lalu dengan harga 25 juta euro dan telah menjaringkan 10 gol dalam 16 penampilannya untuk pasukan Vitor Pereira.

Arnautovic, 31 tahun, menjadi pemain asing terakhir yang di tandatangani di CSL setelah cukai perpindahan dan pembatasan gaji dihadkan.

Hulk (Shanghai SIPG / Brazil)

Seperti rakannya dari Brazil, Paulinho, Hulk meraikan ulang tahunnya yang ke-34 tahun pada Sabtu ini.

Pemain penyerang itu nampaknya akan menjadikan tahun ini tahun terakhirnya di SIPG tetapi kekuatan dan kehebatan kaki kiri-nya masih menjadikannya sebagai ancaman kepada pasukan lawan.

Ketua pasukan SIPG itu telah menjaringkan 69 gol dalam 125 penampilannya dan juga menyumbangkan 53 assist.

Oscar (Shanghai SIPG / Brazil)

Pemain asing kedua di SIPG, pemain tengah Brazil yang bernilai 60 juta euro dari Chelsea pada Januari 2017 dan kekal memegang rekod perpindahan termahal di Asia.

Dua kali menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea, pemain berusia 28 tahun itu menduduki tangga teratas di CSL sebagai assist terbanyak dalam dua musim terakhirnya dengan 66 assist dalam 123 penampilan.

Jurulatih

Rafa Benitez, yang membawa Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara pada tahun 2005, berada dalam tahun keduanya di Dalian Pro dan mengharapkan prestasi yang lebih baik daripada musim pertengahan yang mengecewakan.

Fabio Cannavaro, bekas ketua pasukan pemenang Piala Dunia Itali pada tahun 2006, hampir dipecat di Evergrande tahun lalu sebelum membimbing mereka ke gelaran CSL. Jurulatih Portugal, Pereira, yang menguasai kejuaraan liga pertama bersama SIPG dalam sejarah mereka pada 2018, dikaitkan perpindahannya dengan Everton pada bulan Disember lalu. – AFP