Lima pemburu haram dipenjara

HANOI, 26 JUN – Lima pemburu haram warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rakyat di Cuong Con Cuong di wilayah pusat Nghe An, kerana melanggar peraturan perlindungan spesies haiwan dilindungi, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Tertuduh Lo Van Hang dan Vieng Van Thuy masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat dan tiga tahun manakala Vieng Van Sinh pula dijatuhi hukuman 30 bulan. – Bernama