Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima penulis wanita rebut Hadiah Booker

    LONDON, 12 NOV – Pemenang Hadiah Booker, anugerah kesusasteraan berprestij dalam bahasa Inggeris, akan diumumkan hari ini, dengan rekod lima penulis wanita bersaing untuk merebut gelaran tersebut.

    Enam penulis dari lima negara disenarai pendek untuk merebut hadiah bernilai AS$64,500 yang akan diumumkan dalam satu majlis gilang-gemilang di London.

    Hadiah tahun lalu dimenangi oleh penulis Ireland, Paul Lynch, menerusi novelnya Prophet Song sebuah karya distopia yang mengisahkan tentang Ireland yang mengalami kejatuhan ke dalam pemerintahan zalim.

    Antara pemenang terdahulu termasuk Salman Rushdie dan Margaret Atwood. Hadiah ini dianggap sebagai platform pencetus bakat baharu yang belum dikenali secara meluas oleh masyarakat umum, dan edisi tahun ini tidak terkecuali.

    Yael van der Wouden menjadi wanita Belanda pertama disenarai pendek dengan novel sulungnya, The Safekeep, yang menelusuri sejarah Belanda pada era Nazi. Sekiranya beliau berjaya memenangi anugerah itu, beliau akan mengikut jejak Douglas Stuart, yang meraih Hadiah Booker menerusi novel debutnya, Shuggie Bain, pada 2020.

    Dua calon pilihan utama bagi Hadiah Booker kali ini adalah penulis Amerika Syarikat, Percival Everett dan Rachel Kushner. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda