Lima perlawanan Liga Eropah akan dilangsungkan

PARIS, 26 FEB – Tiga kelab dari England dan kedua-dua pasukan Celtic dan Rangers berharap dapat mara ke pusingan kelompok 16 pasukan di saingan Liga Eropah minggu ini, sementara itu bekas juara Piala Eropah, Ajax dan Inter Milan akan berjuang untuk mara dengan keadaan sukar.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United yang mempunyai kelebihan setelah mencatat keputusan seri 1-1 di Belgium, tetapi pasukan pelawat tidak akan putus harapan disebabkan oleh penjaring gol, Emmanuel Dennis sering mencetuskan masalah buat pertahanan United.

Sementara itu, selepas kejayaan mara ke separuh akhir di Liga Juara-Juara musim lalu, Ajax kini berdepan masalah setelah disingkirkan ke Liga Eropah musim ini akan berdepan dengan Getafe di Amsterdam setelah ketinggalan 2-0 pada pusingan pertama.

Dalam perlawanan lain, gol berharga di tempat lawan oleh penyerang Colombia, Luis Diaz telah memberikan sedikit harapan kepada Porto untuk mara ke pusingan kelompok 16 terakhir setelah mereka tewas 2-1 ke atas Leverkusen di Jerman pada pusingan pertama minggu lalu. – AFP