Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Lima syarikat, entiti tersenarai Alert List BDCB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) memaklumkan bahawa lima individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List BDCB bagi Jun 2022.

    Individu, syarikat atau entiti berkenaan adalah Dysfundtional.bn (IG profile); Loan Brunei Darussalam (IG profile) / Quick Loans / loan_online_bruneidarussalam / gruploanbrunei / loan brunei (7261187); Mia Mudah (FB profile) / MIALOAN; Ministry Personel Loan Brunei Darussalam (FB profile) / Ministry Loan Brunei (IG profile) (7238656) dan 8141439.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, BDCB menerangkan bahawa Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu, nyata BDCB lagi, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa senarai yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Dalam kenyataannya lagi, BDCB juga menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, untuk berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Antara perkhidmatan-perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan bahawa perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan entiti, syarikat atau individu yang tidak dilesen atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam dan mengutamakan pelindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan di Negara Brunei Darussalam.

    Pihaknya juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak berlesen diminta menghubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel, fci@bdcb.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...