PRAIA, CAPE VERDE, 7 APRIL – Polis Cape Verde dan Amerika Syarikat (AS) telah memintas lebih lima tan kokain dari sebuah bot nelayan dan menangkap tujuh orang, dalam rampasan dadah terbesar di kepulauan Atlantik itu, kata penguat kuasa undang-undang tempatan.
“Operasi itu berlaku pada 1 April, selepas satu pertembungan di laut lepas yang disyaki penyeludupan dadah antarabangsa,” kata ketua polis Cape Verde, Ricardo Goncalves kepada wartawan malam semalam.
“Di bawah kawalan pihak berkuasa Cape Verde, polis AS dan Cape Verde menaiki dan memeriksa bot nelayan itu dan merampas 5,668 kilo kokain.”
Polis menangkap lima warga Brazil dan dua Montenegrin. Bot nelayan itu membuat perjalanan dari Brazil.
Selain pasukan Cape Verde, operasi melibatkan perkhidmatan antidadah AS, tentera laut AS, polis persekutuan Brazil dan Agensi Jenayah Nasional UK, tambah Goncalves. – AFP