Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Lima tentera Filipina maut dalam serangan hendap

    MANILA, 1 SEPT – Tentera Filipina terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serang hendap di wilayah Quezon, tenggara Manila pada hari ini, kata jurucakap tentera, lapor Xinhua.

    Serang hendap tu dipercayai dilakukan oleh pemberontak New People’s Army (NPA).

    Jurucakap Komando Selatan Luzon, Dennis Cana berkata serangan itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan ketika tentera kerajaan sedang melakukan rondaan di bandar Tagkawayan.

    Tentera itu merupakan anggota dari Civilian Armed Force Geographical Unit, sebuah pasukan separa tentera yang membantu tentera dalam kempen menentang pemberontak 
    NPA.

    Beliau berkata tentera tambahan juga dihantar ke lokasi pertempuran untuk memburu pemberontak yang melarikan diri.

    Pemberontak NPA telah berperang dengan tentera kerajaan sejak 1969 dan sering menyasarkan kawasan luar bandar.

    Data ketenteraan menunjukkan NPA  mempunyai kira-kira 2,000 anggota, jauh lebih rendah berbanding pada tahun 1980an. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...