Lima terbunuh paip pemanasan pecah

MOSCOW, 20 JAN – Satu paip pemanasan pecah hari ini di sebuah hotel kecil di Rusia, mengakibatkan bilik dibanjiri dengan air mendidih dan mengorbankan lima mangsa dan enam lagi mengalami kecederaan di bandar Perm, kata pegawai kecemasan.

Hotel yang memuatkan sembilan bilik itu terletak di ruang bawah tanah bangunan kediaman di bandar berdekatan Ural Mountains, Russia. Kesemua mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah menginap di hotel tersebut, kata pihak berkuasa. Insiden itu mengakibatkan tiga daripada mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital berikutan mengalami luka terbakar.

Polis Rusia telah membuka siasatan terhadap tragedi itu. Dengan kes yang menyebabkan kematian, parlimen Rusia mungkin mempertimbangkan untuk melarang pembukaan hotel dan asrama di ruang bawah tanah bangunan kediaman, penggubal undang-undang, Oleg Melnichenko berkata.

“Asrama tidak sepatutnya dibuka di ruang bawah tanah, di mana semua saluran paip diletakkan,” kata Melnichenko.

Tahun lalu parlimen Rusia mengharamkan pembukaan asrama atau bilik hotel di pangsapuri di bangunan kediaman. – AP

Gambar menunjukkan kerosakan hotel yang menempatkan sembilan bilik yang terletak di ruang bawah tanah bangunan kediaman di Perm, Rusia. – AP