Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lima terkorban, kebakaran rumah persaraan Sepanyol

    MADRID, 19 JAN – Lima maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian kebakaran di rumah penjagaan warga emas di bandar Valencia, timur Sepanyol hari ini, lapor media tempatan memetik kenyataan perkhidmatan kecemasan.

    Menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter anggota bomba tempatan, lima mangsa dilaporkan terkorban dan 11 lagi dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala 70 penghuni lain terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.

    Apabila anggota bomba tiba di lokasi kejadian, api telah merebak hingga memusnahkan satu bahagian sayap bangunan, lapor agensi berita Sepanyol EFE.

    Kebakaran berjaya dikawal sekitar 1:20 pagi waktu tempatan hari ini, katanya.

    Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati kejadian litar pintas dalam unit oksigen mungkin menjadi punca kebakaran. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...