Lima tip menjana keluarga bahagia

Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam se-sebuah masyarakat, di mana setiap individu inginkan sebuah keluarga bahagia. Terdapat pelbagai cara untuk menjana keluarga bahagia antaranya:

Tanggungjawab pasangan suami isteri

Suami isteri masing-masing mempunyai peranan dalam kehidupan rumah tangga.Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah.

Selesaikan konflik bersama Luahkan segala masalah yang dihadapi dan berbincang secara terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik

Berkomunikasi antara satu sama lain

Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada anda.

Tabah dan sabar

Sikap tabah dan sabar perlu ada dalam diri setiap insan.Suami isteri perlu bersabar dengan kelemahan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

Saling menghormati

Wujudkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam ahli keluarga. Jangan biarkan mereka meninggikan suara atau memanggil antara satu sama lain dengan panggilan yang tak elok. – Agensi