Lima warga Vietnam ditahan

LABUAN, 11 OGOS – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan menahan lima warga Vietnam jam 11 pagi dan merampas kapal pukat tunda bernilai RM350,000 kelmarin kerana menangkap ikan secara haram kira-kira 15 batu nautika dari perairan Tanjung Kubong, perairan Labuan.

Kapal Vietnam itu telah dipintas ketika ‘op gelora’.

Suspek-suspek yang ditahan terdiri daripada 27 hingga 41 tahun. Mereka semua telah ditangkap dan dibawa ke jeti Labuan untuk siasatan lanjut.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bahawa mereka telah merampas kapal gentian kaca dengan nombor pendaftaran klon bot nelayan tempatan dari Kudat Sabah, peralatan menangkap ikan bernilai RM80,000. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. – Bernama