Linda dikecam muatnaik gambar berniqab

Sering memuatnaik foto memakai niqab, penyanyi dan usahawan, Linda Rafar telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat mengenai penampilannya.

Terbaharu, Linda menerusi Instagramnya memberitahu, dia akan membuat siaran langsung platform tersebut bagi berkongsi kepada pengikut dan peminat yang sering bertanyakan perihal penampilannya itu.

Dalam pada itu, Linda turut meluahkan rasa terkejut apabila ramai astaziah ‘jadian’ yang telah mengecamnya termasuk dengan menghantar kiriman secara peribadi (DM) di Instagram.

“Allahuakbar!!! Ramai sungguh ustazah atau ustaz jadian yang datang serang dan DM IG Linda.

“Listen Linda belum declare apa-apa lagi,” tegas Linda

Sering memuatnaik foto memakai niqab, penyanyi dan usahawan, Linda Rafar telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat mengenai penampilannya. – Agensi

Tambah isteri kepada pelakon Syed Aiman ini, dia memohon jasa baik orang ramai untuk menjaga hati dan perasaannya. Malah, dia turut memberitahu bahawa untuk melakukan perubahan ia akan datang dari hati.

“Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan Linda..Untuk berubah biar daripada hati.

Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar,” katanya lagi

Linda atau nama penuhnya Azlinda binti Rafar meminta orang ramai untuk tidak menghukum seseorang yang mahu berubah menjadi baik dan tidak mencari kesalahan mereka sahaja.

“Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan jangan cari kesalahan sahaja!

“Tiada yang sempurna tetapi saya cuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” ujar Linda

Terdahulu, Linda meluahkan rasa tidak sangka apabila dia kini semakin diminati berbanding zaman penglibatannya bersama Kumpulan Elite.

Dia turut memberitahu suatu ketika dahulu dia beranggapan sudah mengecapi populariti lebih ramai yang meminatinya namun ternyata telah silap dengan telahan tersebut. – Agensi