Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lindsay Lohan bahagia bersama suami

    Bintang Hollywood Lindsay Lohan nampaknya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya terhadap suaminya sewaktu memperkatakan tentang kehidupan rumah tangganya.

    Aktres ini telah berkahwin dengan ahli kewangan, Bader Shammas pada 3 April lalu, tetapi mereka tidak mengumumkan perkahwinan sehinggalah pada Julai lalu.

    Sewaktu muncul dalam program Jimmy Fallon, The Tonight Show, Lohan mendedahkan kepada hos bual bicara itu bahawa kehidupan berumahtangga cukup istimewa.

    “Ia hebat. Saya bertemu dengan pasangan saya dan awda tidak pernah akan tahu kalau awda akan menemuinya dalam hidup.

    “Dia (Bader) seorang lelaki yang luar biasa, saya mencintainya dan kami adalah pasangan yang hebat,” katanya.

    Lohan telah mengahwini ahli kewangan, Bader Shammas pada 3 April lalu. – Agensi

    Apabila ditanya sama ada perkahwinan memberikan perspektif baharu mengenai kehidupan, Lohan menjawab: “Awda dapat berkongsi segala-galanya dengan seseorang, ia sangat istimewa. Semuanya menjadi lebih penting.”

    Dalam majalah Cosmopolitan pula, Lohan telah berkongsi tentang kehidupannya dengan suaminya Bader di Dubai yang mana dia adalah penghias wajah untuk bulan Disember/Januari.

    Kata bintang Falling For Christmas ini, dia mula berpindah ke Dubai pada 2014 dan sangat suka memasak.

    “Saya memasak banyak juadah Itali terutamanya pasta.

    Saya juga banyak memasak hida-ngan Arab yang dipanggil machboos. Saya juga boleh memasak sup borscht dengan baik,” jelas Lohan lagi.

    Dalam temubual lain, Lohan turut memberitahu bagaimana kebangkitan media sosial telah memberikan peluang kepada bintang Hollywood sebagai sesuatu untuk ‘mengawal naratif mereka sendiri’. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...