Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lindsay Lohan berhasrat bantu Syria dan Aleppo

    ISTANBUL –  Pelakon Amerika Syarikat, Lindsay Lohan baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

    Dia turut menemui penulis blog yang merupakan seorang gadis Syria berusia tujuh tahun, Bana al-Abed di Ankara, demikian menurut pejabat presiden menerusi laman webnya.

    Menerusi gambar yang diambil di istana presiden, Lohan tersenyum ketika berdiri di sebelah Erdogan, yang memeluk Bana dan isterinya Emine.

    Bana berkongsi video pendek di Twitter, di mana Lohan berkata, “Kami mahu membantu semua rakyat di Syria dan Aleppo yang menderita dan kepada semua pelarian, kami di sini menyokong anda dan anda perlu bertahan dan berjuang. Sama seperti Bana lakukan.”

    Lindsay Lohan bersama Bana al-Abed.
    Lindsay Lohan bersama Bana al-Abed.

    Lohan sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap usaha Turki untuk menjadi tuan rumah kepada hampir tiga juta rakyat Syria yang  melarikan diri daripada perang, kata agensi berita Anadolu.

    Pelakon Amerika itu memberikan lencana biru kepada Erdogan dan isterinya yang mengandungi petikan dari pemimpin Turki, “Dunia adalah lebih besar daripada lima,” menurut Anadolu.

    Petikan itu adalah merujuk kepada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB – Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

    Bana menjadi perhatian antarabangsa melalui Live Tweet dari bandar bergolak Aleppo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda