Lindungi biodiversiti umpama jaga diri sendiri

BEIJING, 23 MEI – Sempena Hari Biodiversiti Antarabangsa 22 Mei lalu, delegasi tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan sekretariat Konvensyen Biodiversiti mengadakan simposium dalam talian bertemakan ‘jalan menuju ke Kunming, bersama-sama membina komuniti hidupan bumi’ pada Jumaat.

Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata, kita perlu memulihara alam sekitar dan menggalakkan pembinaan tamadun ekologi sejagat.

“Manusia perlu melindungi ekologi alam sekitar seperti menjaga diri sendiri dan bertindak memperkasakan hidup harmoni dengan alam.

“Kita perlu komited mendorong pembangunan mampan supaya dapat pulih dengan lebih cepat dan baik,” katanya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapannya berkata persidangan pihak pemeterai ke-15 Konvensyen Biodiversiti yang bakal diadakan di Kunming, China akhir tahun ini bakal menjadi satu pertemuan penting.

“Persidangan itu bakal menetapkan rangka biodiversiti sejagat yang mempunyai wawasan penting demi melindungi alam sekitar dan membina semula hubungan antara manusia dengan bumi,” katanya. – Bernama