Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lindungi maklumat sulit kitani

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap insiden smishing memandangkan peningkatan isu itu, ketika ini.

    Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menjelaskan insiden smishing iaitu penipuan membabitkan penyamaran sebagai pekerja bank merupakan satu bentuk pancingan data di mana penipu menghantar mesej teks yang kelihatan seperti daripada seseorang yang awda kenali. Mesej-mesej itu mungkin mengandungi pautan yang akan mengubah hala pengguna ke laman web palsu dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat sulit awda.

    Dalam sesetengah kes, mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) secara langsung daripada penipu yang mungkin menyamar sebagai pekerja bank, di mana mangsa diminta untuk mengklik pada pautan bagi mengesahkan transaksi tertentu atau untuk mengesahkan akaun perbankan internet mereka.

    Pautan itu akan mengubah hala mangsa ke laman web palsu di mana mangsa diarahkan untuk memberikan butiran perbankan Internet, kad kredit atau debit mereka bersama kata laluan sekali (OTP).

    BIBD turut memberi jaminan bahawa bank tidak mengeluarkan pautan teks yang boleh diklik bagi sebarang promosi atau kempen SMS. Manakala kakitangan bank juga tidak
    akan meminta maklumat seperti butiran peribadi, log masuk peribadi, butiran akaun, kad, perbankan Internet atau OTP melalui telefon atau melalui SMS.

    Sehubungan itu, BIBD menasihatkan orang ramai supaya mematuhi beberapa langkah untuk mengelak menjadi mangsa penipuan tersebut.

    Antara langkah itu ialah mengelak mengklik pautan tidak dijangka yang diterima melalui WhatsApp, SMS atau media sosial; jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi, butiran log masuk bank, butiran kad kredit atau debit dan OTP kepada sesiapa.

    Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mengesahkan kesahihan sebarang mesej teks atau panggilan mendakwa daripada BIBD dengan menghubungi Pusat Perhubungan BIBD secara terus di talian 2238181 dan maklumkan BIBD dengan segera jika merasakan butiran kewangan diri telah terjejas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...