Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Lingard kekal di Man United, ganti Greenwood

    MANCHESTER, ENGLAND, 4 FEB – Penggantungan Mason Greenwood di Manchester United memainkan peranan dalam keputusan kelab untuk mengekalkan Jesse Lingard sehingga akhir musim, kata pengurus, Ralf Rangnick kelmarin.

    Greenwood telah ditangkap Ahad lalu dan disoal siasat kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita.

    Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada Rabu lalu dan United berkata penyerang berusia 20 tahun itu ‘tidak akan berlatih dengan atau bermain untuk kelab tersebut sehingga diberitahu kelak.’

    Lingard, yang bermain dalam posisi yang sama dengan Greenwood, mahu meninggalkan United sebelum akhir jendela perpindahan Januari untuk mencari lebih banyak peluang bermain.

    Newcastle dan West Ham dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa England itu.

    Rangnick berkata lembaga pengarah United mengubah pendiriannya terhadap Lingard.

    “Dengan penutupan jendela perpindahan, lembaga memaklumkan saya mereka lebih suka jika dia kekal,” kata jurulatih Jerman itu.

    “Bagi saya, ia adalah keputusan yang saya boleh fahami dan terima sepenuhnya.” – AP

    Penggantungan Mason Greenwood di Manchester United memainkan peranan dalam keputusan kelab untuk mengekalkan Jesse Lingard sehingga akhir musim. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...