Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Liputan 4G di Sabah capai 86.9 peratus

    KOTA KINABALU, 3 JUN – Liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9 peratus kawasan berpenduduk di negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

    Beliau berkata pencapaian itu merupakan hasil usaha bersepadu dalam memperkasa infrastruktur perkhidmatan jalur lebar terutamanya menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah.

    “Kita bersetuju supaya MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) negeri duduk dengan kerajaan negeri, untuk melihat adakah kawasan berpenduduk itu benar-benar termasuk dalam ‘mapping’ kita.

    “Macam Sabah sudah sampai 86.9 peratus kawasan berpenduduk, tetapi sampai (liputan rangkaian 4G) dan kualiti adalah lain. Sampai (liputan) maksudnya kawasan itu ada kesalinghubungan (connectivity).

    “Tapi kita tahu dalam soal rangkaian jalur lebar, sampai (liputan rangkaian) itu tidak statik dan dinamik, kerana apabila semua (penduduk) balik kampung serta ramai menggunakan (internet) kelajuannya akan tersekat-sekat, namun, bila tidak ramai menggunakannya rangkaian akan laju,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Annuar berkata walaupun berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan JENDELA, namun beliau mahu setiap projek pembangunan dirancang di bawah pelan itu, seperti menambah menara baharu dan menaik taraf menara sedia ada, dipercepatkan.

    Beliau berkata kementeriannya turut meneliti beberapa teknologi baharu untuk memastikan perkhidmatan rangkaian Internet sampai ke semua kawasan termasuk di pedalaman, seiring dengan matlamat memastikan liputan rangkaian 4G di seluruh negara mencapai 96.9 peratus menjelang akhir tahun ini.

    Menurutnya, hampir 99 peratus rangkaian jaringan 3G telah ditutup dan kira-kira 86 hingga 87 peratus pengguna telah pun menggunakan rangkaian 4G setakat ini. – Bernama

    Tan Sri Annuar Musa ketika mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...