Liputan Arsenal dibatalkan

LONDON, 16 DIS – Televisyen China menarik balik liputan perlawanan Arsenal dalam Liga perdana Inggeris menentang Manchester City, kelmarin selepas Mesut Ozil, pemain depan kelab London itu mengkritik tindakan kejam Beijing terhadap etnik muslim di negara itu.

China merupakan pasaran liputan Liga Perdana yang paling menguntungkan, dengan hak jualan berjumlah AS$700 juta dalam perjanjian tiga tahun se-hingga 2022.

Saluran sukan televisyen China tidak menyiarkan perlawanan Arsenal tewas 3-0 kepada City yang menampilkan Ozil, sebaliknya menyiarkan siaran tertunda perlawanan kemenangan pasukan Tottenham 2-1 ke atas Wolverhampton pada awal pagi kelmarin, menurut maklumat daripada rangkaian itu.

Perkhidmatan Streaming PPTV.com juga membatalkan siaran perlawanan Arsenal yang menampilkan Ozil selama hampir satu jam sebelum dia digantikan di tengah-tengah sorakan dan ejekan daripada penyokongnya sendiri. Ozil memberikan reaksi dengan menendang sarung tangannya di luar kawasan padang.

“Bagaimana dia bertindak itu terserah kepadanya dan saya akan berurusan dengannya,” kata jurulatih sementara Arsenal, Freddie Ljungberg.

“Kami akan melihat dari sudut masa depan tetapi sudah tentu kami mahu pemain bertindak dengan cara betul.” Ljungberg tidak akan membincangkan dengan post Ozil di media sosial pada Jumaat lepas yang mengaitkan Arsenal dalam kontroversi di China. – AP

Pemain Arsenal, Mesut Ozil melakukan pemanasan badan sebelum bermula perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Manchester City di Stadium Emirates, London. – AP