Lisa BLACKPINK cipta rekod dunia

Selepas Jennie dan Rose, penantian peminat BLACKPINK untuk menunggu lagu solo ahli kumpulan itu seterusnya, Lisa akhirnya terbalas apabila lagu serta video muzik (MV) Lalisa telah dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2021.

Menariknya mengenai lagu tersebut yang turut diambil bersempena dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban, sehingga kini Lalisa telah mencatat beberapa rekod bagi industri muzik Korea dan juga dunia. Bagi industri muzik Korea, YG Entertainment menerusi sebuah kenyataan telah mengumumkan lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan di laman YouTube pada jam 2 petang Ahad (12 September) sekaligus menjadi muzik video paling pantas mencecah 100 juta tontonan bagi penyanyi solo Korea.

Pencapaian tersebut turut meleburkan rekod yang dipegang oleh muzik video PSY sebelum ini, Gentleman yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa empat hari berbanding Lisa yang hanya mengambil masa dua hari untuk mencapainya.

Selain itu, Lalisa juga dikatakan telah memecah rekod dipegang oleh penyanyi Taylor Swift menerusi lagu duet bersama Brendon Urie, ‘ME!’ sebagai video muzik penyanyi solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di laman YouTube. Sebelum ini, Taylor memegang rekod berkenaan dengan jumlah 65.2 juta tontonan pada tahun 2019. Biarpun pihak YouTube masih belum membuat sebarang pengumuman, namun berdasarkan laporan media antarabangsa Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa. – Agensi

Lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan di laman YouTube pada 12 September lalu sekaligus menjadi muzik video paling pantas mencecah 100 juta tontonan bagi penyanyi solo Korea. – Agensi