Litar Red Bull terlalu bahaya

SPIELBERG, AUSTRIA, 10 OGOS – Pelumba di litar MotorGP, termasuk juara dunia, Joan Mir dan pemenang tujuh kali, Valentino Rossi melabel Litar Red Bull sebagai ‘berbahaya’ selepas satu lagi insiden kemalangan serius di litar semasa Styrian GP pada Ahad.

Mir dan Rossi kedua-duanya mengkritik Turn 3 secara khusus, kawasan kemalangan pada Ahad yang menyaksikan bendera merah dikibarkan buat kali ketiga berturut-turut semasa perlumbaan di Litar Red Bull.

Litar itu juga akan menghoskan perlumbaan Austrian GP pada hujung minggu hadapan.

“T3 adalah kritikal, sangat berbahaya terutama ketika basah,” kata Mir, yang menamatkan di kedudukan kedua pada perlumbaan hujung minggu lalu.

“Apa yang sangat berbahaya juga mengenai litar ini adalah T1 dan T3 kerana di penghujung selekoh ada sedikit bukit dan kemudian laluan turun yang curam. Dan jika sesuatu berlaku di sana, kita tidak dapat melihatnya.”

Semasa pusingan ketiga, penunggang KTM, Dani Pedrosa terjatuh di Turn 3. Beberapa penunggang hampir melanggarnya sebelum Lorenzo Savadori dari Aprilia melanggar motosikalnya.

Motosikal ditunggang Pedrosa kemudian terbakar di tengah-tengah litar. Pedrosa kembali ke MotoGP selepas dua tahun sebagai penunggang cubaan, meninggalkan litar tanpa mengalami kecederaan serius namun Savadori terpaksa dikeluarkan menggunakan usungan dan perlu menjalani pembedahan kerana patah buku lali kanan kelmarin. – AFP

Valentino Rossi semasa bercakap di sesi sidang media. Rossi antara pelumba yang melabel litar Red Bull sebagai ‘berbahaya’ selepas insiden kemalangan serius pada perlumbaan hujung minggu lalu.– AP