Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lithuania anjurkan acara hackathon

    VILNIUS, 3 Jun – Pusat bank Lithuania kelmarin telah mengadakan hackathon bagi mensasarkan pengeluaran pemungut syiling pertama dunia sekali gus menandakan 100 tahun kemerdekaan negara zon Eropah Baltic.

    Prototaip perincian direka oleh pasukan pengeluar IT dari Ukraine yang menjuarai acara itu yang diadakan di bandar Vilnius itu tidak berdasarkan blockchain yang telah wujud atau teknologi pembahagian lejar.

    Platform rakan sebaya komputer yang menyokong perniagaan bitcoin dan beberapa matawang kripto lain yang telah desentralisasi menyebabkan kesukaran penatausaha untuk mengawalnya.

    Tetapi pusat bank Lithuania berazam untuk memiliki sistem lebih privasi dan mudah diurus.

    “Para pemenang telah menunjukkan teknologi yang membolehkan pusat bank untuk mengekalkan pengawalan,” menurut Egidijus Paleckis yang mengetuai projek itu.

    Marius Jurgilas ahli lembaga eksekutif Pusat Bank Lithuania, menyeru para pengodam untuk mencipta sejarah dengan membawa dunia numismatik dan tekonologi bersama semasa melancarkan acara itu kelmarin.

    Hackathon telah menarik minat lapan kumpulan IT termasuk dari Cyprus dan juga Ltihuania.

    Julius Jankauskas, pengumpul dan pengkaji syiling yang juga sebahagian daripada juri menerangkan bahawa projek tersebut disasarkan ke atas pengeluaran matawang digital yang berkaitan dengan syiling fizikal.

    “Pembeli boleh membeli matawang digital ini, ia boleh dijual beberapa kali. Jika seseorang itu mahu menukar untuk syiling yang benar di bank, matawang digital tidak akan mempunyai nilai,” katanya.

    Pihak pusat bank perlu memutuskan mengenai pencetakan, nama, harga dan tarikh pengeluaran yang mungkin akan keluar sebelum akhir tahun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda