Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

Little Caliphs terima pengiktirafan MBOR

SHAH ALAM, 24 Julai – ‘Program Little Hajj 2017’ yang disertai 5,684 kanak-kanak daripada Tadika Little Caliphs di seluruh negara mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) “Penyertaan Serentak Terbesar Kanak-kanak Untuk Simulasi Ibadah Haji”.

Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn Bhd (LCISB), Roslin Nordin berkata program anjuran LCISB dengan kerjasama Koperasi Ukhwah Little Caliph Berhad itu, disertai kanak-kanak berusia enam tahun daripada 212 tadika Little Caliphs.

“Objektif program itu bertujuan memberi pembelajaran secara praktikal mengenai keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan ibadah haji bagi memastikan kanak-kanak prasekolah ini memahami konsep sebenar rukun Islam kelima itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima sijil MBOR daripada Timbalan Pengurus Besar MBOR, Mohammad Alex Edward, di sini hari ini.

Program Little Hajj 2017 ini kali kedua diadakan, dengan yang pertama pada tahun lepas tetapi hanya membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Pelaksanaan simulasi ibadah haji itu meliputi pemakaian ihram, tawaf, sa’ie, wuquf, melontar jamrah serta tahalul.

“Kanak-kanak yang terlibat akan merasai sendiri keadaan memakai ihram, bagaimana melakukan tawaf pada replika Kaabah, membuat wuquf, melontar jamrah dan sebagainya bagi memupuk kecintaan mereka terhadap Islam,” katanya. – Bernama

Kira-kira 6,000 pelajar Tadika Little Caliphs dari seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyertai program melakukan Tawaf mengelilingi replika Kaabah sempena Program Little Hajj 2017 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor. – AFP
Kira-kira 6,000 pelajar Tadika Little Caliphs dari seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyertai program melakukan Tawaf mengelilingi replika Kaabah sempena Program Little Hajj 2017 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -