Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dayangku Jasmine dan Dayang Nur Alma Naqiyah binti Zikri masing-masing diumumkan sebagai juara dalam Pertandingan The Go Kart Fun Ride dan Scooter Fun anjuran Little Woods, baru-baru ini.
Pertandingan yang diadakan di Cawangan Little Wood, Delima itu merupakan antara aktiviti yang diadakan sepanjang November ini.
Seramai 15 orang telah menyertai pertandingan go kart manakala itu, 16 orang menyertai Scooter Fun.
Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Runcit Little Woods, Amie Corpin.
Peserta dan pelanggan yang hadir semasa acara itu turut dihiburkan dengan kemunculan rakan-rakan Little Woods iaitu Sidney, Otto dan Dani.