Liu Ying sasar kembalikan prestasi

KUALA LUMPUR, 28 DIS – Dua kejohanan badminton di Bangkok, Thailand pada Januari depan akan menjadi medan terbaik untuk pemain beregu campuran profesional Malaysia, Goh Liu Ying mendapatkan semula rentak permainannya setelah hampir sembilan bulan tidak menyertai sebarang kejohanan antarabangsa akibat pandemik COVID-19.

Bekas pemain kebangsaan Malaysia itu bagaimanapun mengakui tumpuannya sedikit terjejas berikutan kes COVID-19 di Thailand kembali meningkat, selain perlu mencari semula keserasian dengan Chan Peng Soon setelah kali terakhir mereka beraksi ialah pada Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham pada Mac lalu.

Dua kejohanan di Bangkok itu ialah Terbuka Thailand Yonex bermula 12 Januari serta Terbuka Thailand Toyota bermula 19 Januari, masing-masing menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$1 juta.

“Sasaran saya ialah mendapatkan semula ‘tournament feeling’ setelah lama tidak beraksi dalam sebarang kejohanan antarabangsa. – Bernama