Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Liverpool bawa pulang tiga mata penuh

    SOUTHAMPTON, UNITED KINGDOM, 18 MEI – Jurgen Klopp menilai peluang Liverpool untuk memenangi Liga Perdana sebagai ‘tidak mungkin tapi tidak mustahil’ selepas pasukannya mengheret penentuan juara sehingga hari terakhir musim ini setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Southampton, awal pagi tadi.

    Selepas Liverpool menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA tiga hari sebelumnya, Klopp telah membuat sembilan pertukaran semasa bertandang ke St Mary’s.

    Jaringan awal Nathan Redmond meletakkan Southampton di hadapan namun Liverpool kembali bangkit untuk mengesahkan kemenangan menerusi gol Takumi Minamino dan Joel Matip meskipun hanya menurunkan pemain simpanan sebagai kesebelasan utama.

    The Reds hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City dengan masing-masing mempunyai berbaki satu perlawanan.

    Perlumbaan gelaran akan berpihak kepada City jika mereka menang menentang Aston Villa di Stadium Etihad pada Ahad ini.

    Klopp menegaskan pada hujung minggu lalu bahawa dia tidak menjangkakan City akan kehilangan mata menentang Villa.

    Liverpool akan dinobatkan sebagai juara buat kali kedua dalam tiga musim jika mereka menewaskan Wolves di Anfield dan City gagal untuk menang. – AFP

    Aksi penjaga gol Southampton, Alex McCarthy gagal menghalang gol memasuki gawang semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris kelmarin. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...