Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Liverpool belasah United 7-0

    LIVERPOOL, ENGLAND, 6 MAC – Bagi Liverpool, ia adalah impian yang sangat diidamkan. Namun, bagi Manchester United, ia adalah mimpi ngeri terburuk dalam musim pertama untuk pengurus Erik ten Hag.

    Kekalahan 7-0 United ke atas Liverpool dalam Liga Perdana semalam berpotensi memberi impak yang berkekalan kepada impian kedua-dua pasukan itu musim ini.

    Ia adalah kekalahan terburuk United dalam lebih daripada 90 tahun, selepas tewas dengan mata yang sama tiga kali sebelum ini, kali terakhir kekalahan terburuk United berlaku pada 1931 ketika menentang pasukan Wolverhampton.

    Keputusan itu juga mengatasi kemenangan terbaik Liverpool sebelum ini ketika menentang saingan sengit mereka, dengan kemenangan 7-1 pada tahun 1895.

    “Beberapa bulan lalu semua orang fikir ia adalah saat yang baik untuk bermain dengan Liverpool, awda tidak boleh menyatakannya secara terbuka tetapi semua orang menjangkakannya kerana mereka merasakan kami banyak bergelut,” kata pengurus, Jurgen Klopp.

    Atas dan bawah: Salah semasa meraikan gol manakala papan skor menunjukkan keputusan akhir perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United di Anfield di Liverpool, England, semalam. – AP

    “Tetapi sekarang ia bukanlah masa yang baik, kita kelihatan lebih seperti diri kita sendiri. Adalah penting untuk semua orang tahu kami berada di sini dan kami berhasil menang,” jelasnya.

    Kemenangan penting boleh menjadi landasan untuk menamatkan kempen perlawanan hebat bagi Liverpool, dorongan untuk kelayakan Liga Juara-Juara dan mungkin banyak lagi.

    Walaupun Manchester United ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, mereka masih mempunyai peluang untuk memenangi Piala FA dan Liga Europa, yang masih berpotensi untuk menjadi kempen kemenangan mereka.

    Bagaimanapun, pengurus asal Belanda itu tidak berminat untuk mencari perkara positif selepas kekalahan terburuknya sebagai pengurus United.

    “Bagi saya itu tidak profesional,” katanya. “Saya benar-benar kecewa dan marah. Kami mengecewakan peminat kami. Sebagai skuad, sebagai satu pasukan, awda tidak boleh membenarkan perkara ini,” jelasnya. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...