Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Liverpool bertemu City separuh akhir Piala FA

    LONDON, 21 MAC – Usaha Liverpool dan Manchester City untuk mencipta kemenangan bersejarah terlebih dahulu menemukan mereka pada separuh akhir Piala FA di Wembley bulan depan selepas kedua-dua pasukan melepasi kelompok lapan terakhir awal semalam.

    City akhirnya mengatasi Southampton pada cubaan ketiga musim ini menerusi kemenangan 4-1 manakala Liverpool memerlukan gol lewat Diogo Jota untuk mengetepikan pasukan Liga Kejuaraan, Nottingham Forest 1-0. Forest sebelum ini menyingkirkan juara bertahan, Leicester dan Arsenal dalam laluan mereka ke kelompok lapan terakhir dan boleh memberikan satu lagi kejutan di City Ground.

    “Ia perlawanan merebut piala yang teratur,” kata Klopp. “Saya tahu mereka tidak akan dapat apa-apa daripadanya, tapi pujian besar kepada mereka, mereka bermain dengan sangat baik.”

    Klopp membuat tujuh perubahan dengan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Andy Robertson antara bintang direhatkan dan ia memberi kesan terhadap persembahan Liverpool.

    Walaupun mencatat keputusan baik, City juga bergelut dalam sejam pertama di St. Mary ketika Southampton yang sebelum ini mengikat juara England itu dua kali musim ini mendatangkan masalah buat mereka sekali lagi.

    “Kami bermula sangat bagus dan selepas itu kami terlupa cara bermain,” kata Guardiola. “Kami tahu ia sukar kerana Southampton adalah satu daripada pasukan paling teratur.”

    Sementara itu, Crystal Palace akan bertemu Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas membelasah pasukan bergelut, Everton 4-0 di Selhurst Park. Marc Guehi, Jean-Philippe Mateta, Wilfried Zaha dan Will Hughes semuanya meledak gol ketika skuad Eagles meneruskan persembahan baik mereka pada musim pertama di bawah kendalian Patrick Vieira. – AFP

    Aksi Diogo Jota menjaringkan gol pertama pasukan Liverpool semasa perlawanan menentang Nottingham Forest di City Ground, Nottingham, England pada 20 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...