Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Liverpool buru empat teratas

    LIVERPOOL, 7 MEI – Gol penting Mohamed Salah (gambar-AP) mengesahkan kemenangan 1-0 Liverpool ketika menentang Brentford untuk mengekalkan harapan empat teratas Liga Perdana mereka kelmarin.

    Penyudah separuh masa pertama penyerang Mesir itu menjadikannya pemain pertama dalam sejarah Liverpool yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut di Anfield, dengan jaringannya menyumbang kepada 100 gol kerjaya di stadium tersebut.

    Dia juga menyamai jumlah gol Steven Gerrard dengan 186 gol, menduduki tempat kelima bersama dalam senarai penjaring sepanjang masa kelab itu.

    Untuk musim ketiga berturut-turut, Salah telah mencapai 30 gol dalam semua pertandingan.

    “Mohamed Salah adalah istimewa. Ramai orang tidak menghargai pemain ketika mereka masih bermain. Bagi kami, ia jelas. Dia seorang yang hebat sepanjang zaman,” kata bos Liverpool, Jurgen Klopp.

    “Saya tidak dapat melihat dia berhenti, itu adalah sifatnya. Awda perlu mempunyai keinginan ini untuk menjaringkan gol.

    “Dia bekerja keras untuk bersaing dengan pemain. Kita semua tahu bahawa beberapa pemain bertaraf dunia tidak melakukannya, tetapi dia melakukannya, Saya sangat bangga dengannya,” tambahnya Pasukan Klopp yang berada di tangga ke-5 ketinggalan satu mata di belakang Manchester United di tangga keempat selepas kemenangan liga keenam berturut-turut mereka.

    Kekalahan United di Brighton pada pertengahan minggu telah memberikan harapan baharu kepada Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara menerusi tempat empat teratas.

    Tetapi United, yang bertandang ke West Ham hari ini, mempunyai dua perlawanan dalam tangan dan kekal sebagai pilihan untuk menamatkan saingan di atas pesaing ketat mereka. – AFP

    Aksi Mohamed Salah selepas menjaringkan gol pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, Liverpool, 6 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...