LISBON, 13 JUN – Liverpool mencapai persepakatan perjanjian dengan Benfica untuk membeli penyerang Uruguay, Darwin Nunez dengan nilai 4 juta pound, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab Portugal kelmarin.
Perpindahan tersebut mampu meningkat kepada 100 juta euro, menurut kenyataan Benfica, memandangkan rekod pembelian pemain Liverpool bernilai 75 juta pound kepada Southampton untuk pemain bek tengah, Virgil van Dijk pada 2018.
Sementara itu, Nunez mencatat sebanyak 26 gol dalam 28 penampilan liga pada musim lalu di Portugal.
Pemain berusia 22 tahun itu, diketepikan daripada turut beraksi dalam skuad Uruguay semasa perlawanan persahabatan setelah menewaskan Panama 5-0, dia dijangka akan memulakan pemeriksaan kesihatan pada hari ini, yang berkemungkinan mengambil masa dua hari untuk melengkapkannya.
Terma kontrak tidak akan menjadi suatu masalah, dengan pemain tersebut meluahkan keinginannya untuk beraksi bersama The Reds di bawah kendalian Jurgen Klopp, walaupun Manchester United juga turut berminat dengan pemain itu.
Nunez dijangka menandatangani kontrak enam tahun bersama Liga Perdana dan naib juara Liga Juara-Juara, Liverpool, setelah mengadakan perbincangan bersama Benfica beberapa minggu kebelakangan ini.
Pemain tersebut berhasil mencipta jaringan untuk Benfica dalam Liga Juara-Juara tetapi tewas di tangan Liverpool pada April lalu, di mana Klopp ketika itu memuji Nunez.
Sementara itu, Nunez dijangkakan tiba di Anfield sekali gus menjadi pengganti Sadio Mane selepas Bayern Munich meningkatkan usaha mereka untuk mengambil penyerang Senegal itu.
Liverpool menolak dua tawaran daripada pasukan yang menjuarai Bundesliga dan menunggu pembelian perpindahan dengan nilai yang melebihi 40 juta pound untuk Mane, pemain yang mempunyai baki setahun sahaja lagi dalam kontraknya bersama Liverpool. – AFP
