Liverpool cari peluang perbaiki prestasi

LONDON, 7 MAC – Jurgen Klopp menegaskan asas kukuh dibinanya di Liverpool akan memastikan kelab itu tidak akan tercicir lama daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Klopp bergelut untuk menyelamatkan kemerosotan prestasi musim ini dengan merebut tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris. Mereka kini ketinggalan empat mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat selepas lima kekalahan berturut-turut di laman sendiri.

Jika Liverpool gagal memburu tempat dalam kelompok empat teratas, juara bertahan yang bakal kehilangan takhta itu terpaksa menjuarai Liga Juara-Juara musim ini untuk kekal bersaing dalam kejohanan tertinggi Eropah berkenaan musim depan. Mereka kini mempunyai kelebihan agregat 2-0 ke atas Leipzig selepas aksi pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Apapun nasib Liverpool musim ini, Klopp yakin juara enam kali Liga Juara-Juara itu tidak akan kembali ke zaman kelam seperti prestasi yang lalu. – AFP

Reaksi JurgenKlopp semasa menyaksikan perlawanan pasukannya menentang Chelsea pada 4 Mac lalu. – AP