Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Liverpool catat rekod sempurna

-

MILAN, 8 DIS – Liverpool mencatat rekod enam kemenangan daripada enam perlawanan di Liga Juara-Juara semalam selepas menundukkan AC Milan 2-1 sekali gus menyingkirkan lawan mereka dari kejohanan tersebut.

Fikayo Tomori meletakkan Milan dihadapan, yang memerlukan kemenangan dan keputusan yang menyebelahi mereka antara Porto dan Atletico Madrid, berharap mereka dapat mara ke pusingan kelompok 16 terakhir selepas jaringan dari jarak dekat sebelum perlawanan berlalu setengah jam di San Siro.

Namun Liverpool segera menyamakan kedudukan melalui Mohamed Salah dan jaringan Divock Origi 10 minit selepas babak kedua bersambung serta memastikan pasukan bimbingan Jurgen Klopp menamatkan saingan dalam Kumpulan B dengan mengutip 18 mata, pasukan England pertama yang berjaya mengumpulkan jumlah mata seumpamanya.

“Persembahan luar biasa…dengan banyak perubahan, pemain mempunyai keyakinan yang cukup untuk menunjukkan betapa bagus mereka boleh beraksi,” Klopp memberitahu wartawan.

“Saya dapat lihat banyak perkara yang bagus malam ini dan ia sukar dipercayai.”

Pendahulu Serie A, Milan, yang kehilangan dua daripada empat pertaha-nan permulaan mereka dan penyerang utama, Rafael Leao dan Ante Rebic, tersungkur ke kedudukan tercorot selepas Atletico Madrid mencatat kemenangan 3-1 ke atas Porto dan meletakkan pasukan La Liga itu mara ke pusingan seterusnya, berada di tempat kedua di belakang Liverpool.

Kekalahan buat Milan menyebabkan mereka gagal dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2013 dan membuatkan mereka tidak beraksi di Liga Europa pada tahun baharu.

“Kami perlu mengetepikan kekecewaan ini dan kami cuba membentuk sebuah pasukan,” kata Alessandro Florenzi.

“Jika dilihat pada kekalahan kami, ia bukanlah jumlah jaringan besar, kami hanya tewas dengan satu gol. Malam ini kami berada setara dengan sebuah pasukan yang hebat.” – AFP

Aksi penyerang Liverpool, Divock Origi dan penjaga gol Milan, Mike Maignan merebut bola semasa pertemuan dalam Liga Juara-Juara, semalam. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -