LONDON, 19 Sept – Liverpool akan menentang Leicester City untuk Piala Liga Inggeris minggu ini ketika pengurus Jurgen Klopp berusaha menghindarkan kesilapan pertahanan yang mengecewakan pasukannya.
Dalam perlawanan Liga Perdana yang lain, Crystal Palace menentang Huddersfield, West Brom menentang Manchester City, Bournemouth bertemu Brighton, sementara Manchester United menghadapi Burton Albion dalam permulaan sederhana untuk mempertahankan gelaran mereka.
Liverpool, United dan pasukan lain dalam perlawanan Eropah hanya memasuki undian Piala Liga, digelar Piala Carabao musim ini yang menggunakan nama penaja barunya, pada peringkat pusingan ketiga.
Liverpool kendalian Klopp memulakan musim dengan cemerlang tetapi terjejas minggu lalu, dengan kekalahan 5-0 kepada Manchester City disusuli dengan keputusan seri menentang Sevilla dalam Liga Juara-Juara dan Burnley dalam persaingan Liga Perdana.
Pengurus tersebut bersedia untuk membuat perubahan bagi pertemuan di Leicester hari ini, dengan menurunkan pemain midfield Alex Oxlade-Chamberlain, yang menyertai pertukaran hari terakhir dari Arsenal, yang pertamanya bagi kelab itu selepas membuat tiga kemunculan menjadi pemain gantian.

“Ia adalah peluang yang menarik bagi Alex kerana sejak dia berada (di sini) ia adalah sukar untuk berlatih dengan beberapa perkara berbeza kerana perlawanan demi perlawanan,” kata Klopp pada sidang akhbar pra perlawanan semalam.
“Tidak perlu tergesa-gesa tetapi kami berada dalam rentak tiga perlawanan seminggu dan ketika rehat antaranangsa dia adalah pemain pasukan kebangsaan.
“Tetapi ia adalah projek jangka masa panjang jadi saya tidak menghadapi masalah. Kami duduk bersama-sama dengannya dan membuat analisi dan menunjukkannya bagaimana kami mahukannya untuk beraksi dalam posisi tertentu.”
Leicester sendiri bersedia untuk memulakan musim mereka selepas permulaan mengecewakan yang menyaksikan juara Liga Perdana 2015-16 itu di tangga ke-15 tetapi pemain penyerang Jamie Vardy, yang mengalami masalah groin, menjadi satu keraguan besar untuk beraksi. – AFP