Liverpool hasrat ikat Takumi

SALZBURG, AUSTRIA, 13 DIS – Takumi Minamino tidak lama lagi akan menjadi pemain Jepun pertama untuk menandatangani kontrak untuk Liverpool.

Pengarah sukan Salzburg, Christoph Freund berkata kelmarin, kelabnya sedang berbincang dengan Liverpool mengenai perpindahan pemain berusia 24 tahun, Minamino itu, yang tertarik dalam dua perlawanan di antara kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

“Kami rasa dihormati dengan kebaikan kelab yang berminat dengan pemain kami,” kata Freund di laman Twiter Salzburg.

Minamino merupakan pemain penyerang di bahagian tengah tetapi boleh juga bermain di bahagian hadapan, menyertai Salzburg daripada kelab Jepun, Cerezo Osaka pada 2015. Dia dilaporkan mempunyai klausa perpindahan sebanyak 7.25 juta pound (AS$9.5 juta).

Klopp sangat mengagumi cara Salzburg menyerang Liverpool dalam kemenangan 2-0 pasukannya pada Selasa lepas, yang mempertahankan tempat sebagai juara bertahan dalam kelompok 16 dan menguggurkan Salzburg ke Liga Europa.

Dua lagi pemain hadapan Salzburg, Erling Braut Haland dari Norway dan Hwang Hee-chan dari Korea Selatan, juga dikaitkan dengan perpindahan daripada kelab tersebut.

Shinji Okazaki memenangi gelaran Liga Perdana dengan Leicester pada 2016, sementara, Shinji Kagawa (Manchester United), Hidetoshi Nakata (Bolton) dan Junichi Inamoto (Arsenal dan Fulham) merupakan di antara pemain Jepun yang telah bermain dalam divisyen teratas England. – AP

Reaksi Takumi Minamino semasa perlawanan Kumpulan E Liga Juara-Juara di antara Salzburg dan Liverpool di Salzburg, Austria. – AP