Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Liverpool kekalkan saingan rebut gelaran juara

    LIVERPOOL, ENGLAND, 3 APRIL – Liverpool mengekalkan saingan dengan Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Watford yang diancam dalam penyingkiran 2-0 kelmarin, hasil jaringan ke-20 Diogo Jota pada musim ini dalam semua perlawanan dan penalti lewat daripada Fabinho.

    Jota melepasi garisan kotak dan membuat tandukan daripada hantarn silang dari pemain sayap kanan iaitu Joe Gomes pada minit ke-22 di Anfield.

    Jota mendapat peluang membuat sepakan penalti untuk gol kedua juga, apabila dia dikasari oleh Juraj Kucka.

    Fabinho, pemain gantian pada separuh masa kedua, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 dengan penalti penentuan, manakala Mohamed Salah telah pun diturunkan.

    Ia adalah kemenangan ke-10 berturut-turut dalam liga untuk Liverpool, yang kembali daripada perlawanan antarabangsa dengan satu mata di belakang City, dalam apa yang dilihat seperti perlawanan penentuan bagi dua pasukan untuk kejuaraan tersebut.

    City bermain sebagai pasukan pelawat kepada Burnley kelmarin.

    Dengan hanya para pemain yang baru sahaja pulang daripada bermain perlawanan antarabangsa yang penting di seluruh dunia, Liverpool mengalami kesukaran dan melepaskan peluang besar pada separuh masa kepada Watford. – AFP

    Reaksi Diogo Jota meraikan bersama rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan Liverpool dan Watford di stadium Anfield di Liverpool, England, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...