Liverpool perlu bangkit berdepan Atletico

LIVERPOOL, 10 MAC – Kejayaan Liverpool 2-1 menentang Bournemouth Sabtu lalu merupakan satu kelegaan yang luar biasa di Anfield buat pasukan yang baru merangkul kemenangan ke-22 liga berturut-turut dan 25 jurang mata untuk kekal puncak di Liga Perdana.

Kejayaan The Reds untuk meraih gelaran liga pertama dalam tempoh 30 tahun selepas menerima tiga kekalahan dalam tiga perlawanan yang berbeza dalam empat perlawanan mereka dianggap sebagai satu kemerosotan pasukan The Reds.

Selepas kekalahan 3-0 di Watford, melepaskan peluang pasukan Jurgen Klopp untuk menyamakan rekod Arsenal tanpa kalah dan tersingkir dari Piala FA di tangan Chelsea bermakna mereka tidak dapat mengikut jejak Manchester United yang pernah memenangi tiga trofi pada musim 1998 dan 1999. – AFP