Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Liverpool perlu bangkit – Van Dijk

    LONDON, 30 DIS – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata dia serta rakan sepasukannya perlu ‘cermin diri sendiri dan memperbaiki prestasi’ selepas tewas 0-1 kepada Leicester yang menjejaskan peluang mereka untuk merebut kejuaraan Liga Perdana.

    Van Dijk enggan memberi sebarang alasan susulan kekalahan itu yang menyaksikan Ademola Lookman menjaringkan gol tunggal untuk Leicester.

    Liverpool yang gagal menjaringkan gol buat kali pertama selepas 29 perlawanan liga, akan bertemu Chelsea pada Isnin ini.

    Bagaimanapun, Van Dijk berkata dia dan rakan sepasukannya perlu memikirkan sebab-sebab prestasi mereka merosot ketika bertemu Leicester yang ditewaskan 6-3 oleh Manchester City sebelum itu.

    “Setiap orang perlu cermin diri sendiri dan perbaiki prestasi,” kata pertahanan Belanda itu kepada Amazon Prime.

    Van Dijk bagaimanapun berkata, bukan masanya untuk mereka mengalah awal kerana faktor lain mungkin akan memainkan peranan menentukan pasukan manakah yang bakal bergelar juara.

    “Kita masih berada di bulan Disember. Musim ini masih panjang lagi. Awda dapat saksikan beberapa isu seperti COVID-19 dan kecederaan. Banyak perkara boleh berubah.

    “Tidak ada gunanya untuk menumpukan kepada Manchester City, Chelsea atau pasukan lain di sekeliling kami. Kami harus melihat kepada prestasi diri sendiri,” katanya.

    Liverpool juga harus menyesuaikan diri tanpa Mohamed Salah dan seorang lagi pemain utama, Sadio Mane yang tidak akan bersama pasukan kira-kira sebulan kerana akan beraksi di Piala Negara Afrika dekat Cameroon bersama pasukan kebangsaan masing-masing. – AFP

    Reaksi Virgil van Dijk pada akhir perlawanan di antara Leicester City dan Liverpool di Stadium King Power di Leicester, England pada 28 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...