Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Liverpool rapatkan jurang dengan City

    LIVERPOOL, 6 MAC – Jurgen Klopp berharap kemenangan 1-0 ke atas West Ham akan lebih diingati pada penghujung musim selepas gol Sadio Mane merapatkan jurang ke atas Manchester City kepada tiga mata.

    Kekalahan tersebut menyebabkan West Ham masih dua mata di luar empat teratas setelah bermain lebih banyak permainan daripada semua saingan mereka untuk tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

    Tetapi anak buah David Moyes banyak mensia-siakan peluang yang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata, yang akan memberi ruang bernafas kepada Manchester City di puncak liga.

    Anak buah Pep Guardiola boleh mengembalikan kelebihan enam mata mereka apabila mereka menjadi tuan rumah Manchester United dalam derbi di Etihad hari ini.

    “Saya tidak tahu sama ada kita akan mengingati permainan ini sebagai salah satu yang penting.

    “Jika awda tidak teratur, awda perlu mempertahankan dengan semangat dan itulah yang kami lakukan.”

    Selepas menjulang Piala Liga hujung minggu lalu, Liverpool kekal di landasan untuk menjulang trofi bersejarah.

    Mengejar City mungkin merupakan cabaran terbesar dalam usaha itu, tetapi tujuh kemenangan liga berturut-turut sekurang-kurangnya telah memeriahkan perjuangan untuk gelaran itu selepas City kelihatan bersedia untuk menuju kemenangan liga keempat dalam lima musim pada awal tahun ini. – AFP

    Aksi Sadio Mane membawa bola dalam perlawanan antara Liverpool dan West Ham kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...