Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Liverpool semakin hampir ke final liga juara-juara

    LIVERPOOL, 28 APRIL – Liverpool semakin menghampiri final Liga Juara-juara ketiga dalam lima musim selepas menewaskan saingan Villarreal untuk memenangi perlawanan pertama separuh akhir mereka 2-0 di Anfield kelmarin.

    Dua gol dalam masa dua minit memusnahkan rancangan permainan pertahanan bos Villarreal, Unai Emery apabila Pervis Estupinan menepis hantaran lintang Jordan Henderson ke gawangnya sendiri sebelum Sadio Mane menjaringkan gol kedua.

    Skuad Reds kekal di landasan yang tepat untuk merangkul empat kejuaraan iaitu Liga Juara-juara, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga yang belum pernah terjadi sebelumnya melainkan berlakunya kekalahan apabila kedua-dua pasukan bertemu semula di selatan Sepanyol dalam masa enam hari, musim Liverpool akan berakhir di Paris pada 28 Mei nanti.

    Penduduk Villarreal akan memenuhi Anfield tetapi sebanyak 3,000 penyokong pendatang telah melakukan yang terbaik untuk menyamai bunyi sokongan pasukan tuan rumah sejak awal.

    Berbeza dengan keseronokan ketika Manchester City menang 4-3 ke atas Real Madrid pada satu lagi perlawanan separuh akhir pada Selasa lalu, anak buah Emery mengikuti taktik permainan yang sama yang menyaksikan mereka mengatasi Juventus dan Bayern Munich dengan melepaskan hantaran bola.

    Aksi Mohamed Salah berebut bola dengan Etienne Capoue dan Manuel Trigueros pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Villarreal di Stadium Anfield. – AFP

    Walau bagaimanapun, pasukan Yellow Submarine hampir tidak dapat melancarkan serangan terhadap anak buah Jurgen Klopp kerana Liverpool hanya perlu menunggu masa mereka untuk kembali mendapatkan penguasaan mereka.

    Pasukan Reds kini telah menjaringkan sebanyak 135 gol pada musim ini tetapi dihalang tanpa jaringan dalam 45 minit pertama perlawanan yang mengecewakan.

    Sementara itu, Mane menanduk hantaran Mohamed Salah dengan jaringan pembukaan yang terbaik.

    Pemain dari Senegal tersebut juga menyaksikan percubaan yang tersasar dan penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli terlepas daripada hukuman dengan beberapa pengendalian yang teruk daripada beberapa percubaan kurang memuaskan.

    Manakala, satu lagi serangan jarak jauh adalah yang paling baik untuk Liverpool memecahkan kebuntuan sebelum separuh masa pertama tamat apabila jaringan Thiago Alcantara tersasar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...