MOSCOW, 27 Sept – Jaringan menerusi Philippe Coutinho tidak cukup untuk memastikan kemenangan Liverpool ketika mereka terikat seri 1-1 kepada Spartak Moscow dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Coutinho membatalkan sepakan bebas Fernando pada minit ke-31, tetapi pemburuan Liverpool bagi jaringan kemenangan tidak terhasil, yang menyaksikan mereka masih lagi tanpa sebarang kemenangan selepas dua perlawanan dalam Kumpulan E.
Liverpool sekarang melalui tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam persaingan Liga Juara-Juara, yang terpanjang mereka dalam kejohanan tersebut, dan mengekori pendahulu kumpulan Sevilla dengan dua mata.
“Ketika ini kami adalah pasukan yang tidak bernasib baik dalam dunia bola sepak. Banyak perkara yang sukar bagi kami,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
“Kami melakukan dengan baik untuk mencipta peluang menentang pasukan yang berorientasikan bertahan. Kami tidak memberikan terlalu banyak peluang bagi mereka. Sepakan bebas bagi jaringan mereka bukanlah satu faul.

“Dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, satu–satunya sasaran adalah untuk mara ke pusingan seterusnya. Ia sekarang adalah satu kemungkinan bagi kami. Terdapat banyak perkara yang bagus malam ini.”
Juara lima kali Liverpool menerima padah kerana mensia-siakan beberapa peluang, pemain gantian Daniel Sturridge dan Mohamed Salah kedua-duanya mensia-siakan peluang baik untuk memastikan kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan.
Dari sudut menarik, pasukan kendalian Klopp dilihat memiliki pertahanan yang lebih kental berbanding beberapa minggu sebelumnya, tetapi jaringan dari Fernando membangkitkan persoalan mengenai keputusan untuk membawa masuk penjaga gol Loris Karius dalam pasukan bagi menggantikan Simon Mignolet.
Sementara itu juara Rusia, Spartak melalui sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Juara-Juara, keputusan ini mungkin dapat menenangkan hati peminat mereka pada malam sejuk di Otkrytiye Arena. – AFP