Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Liverpool terus kukuh di puncak Liga Perdana

    LIVERPOOL, 10 NOV – Liverpool menjarakkan pendahuluan lima mata di puncak Liga Perdana apabila Darwin Nunez dan Mohamed Salah menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa.

    Pembukaan jaringan tiba apabila sepakan mengeluarkan bola jarak jauh oleh Virgil van Dijk memerangkap pasukan pelawat, disambut oleh Salah tetapi dijatuhkan Leon Bailey dan disambung Nunez meneruskan larian dan melepaskan rembatan membuat jaringan ketiganya musim ini.

    Nunez hampir menghasilkan jaringan yang serupa apabila Salah menghantar dari sepakan sudut, tetapi percubaan tersasar tinggi dan lebar ketika berdepan hanya Emi Martinez untuk ditewaskan.

    Caoimhin Kelleher pula terpaksa melakukan penyelamatan yang baik daripada percubaan Amadou Onana dan Diego Carlos untuk mengekalkan pendahuluan Liverpool pada separuh masa.

    Morgan Rogers turut mensia-siakan satu lagi peluang besar untuk pelawat menyamakan kedudukan hanya beberapa saat dalam separuh masa kedua apabila percubaannya tersasar.

    Nunez terus mendapat peluang terbaik Liverpool tetapi tandukannya tersasar setelah menerima hantaran lintang Andy Robertson.

    Pasukan tuan rumah lega dengan kemenangan apabila Salah membuat jaringan enam minit sebelum tamat permainan.

    Tandukan Carlos di tengah padang dihadang oleh pemain Mesir itu yang kemudiannya meluru ke gawang untuk menjaringkan gol peribadi ke-10 musim ini.

    Kemenangan ke-15 Liverpool dalam 17 perlawanan sejak Slot mengambil alih telah membawa pasukan itu kekal di puncak perebutan kejuaraan liga. – AFP

    Aksi Darwin Nunez menjaringkan gol pertama pasukannya menentang Aston Villa semasa di stadium Anfield di Liverpool kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda