Liverpool terus ungguli Liga Perdana Inggeris

LONDON, 15 DIS – Mohamad Salah menggunakan aksi pantasnya dan melakukan sedikit penipuan untuk menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Watford, kelmarin, memberikan keputusan The Reds tetap mengungguli carta kedudukan dengan berkelebihan 10 mata menghampiri gelaran pertama Liga Perdana dalam tempoh 30 tahun.

Pencabar terdekat, Leicester terikat 1-1 di laman sendiri di tangan Norwich, sementara juara bertahan, Manchester City dengan mata penuh 17 mata berada di tempat ketiga menjelang perlawanannya di Arsenal hari ini.

Sementara itu, Chelsea berada di tempat keempat mengalami kemerosotan dengan kekalahan keempat dalam lima perlawanan liga dengan kekalahan 1-0 kepada Bournemouth, sekali gus memberikan harapan kepada segelintir pasukan untuk mengejar tempat terakhir Liga Juara-Juara. – AP