Liverpool tewas di tangan Atletico

MADRID, 19 FEB – Liverpool menjadi mangsa terbaharu corak permainan Atletico Madrid Selasa lalu, di mana pasukan kendalian Diego Simeone berjaya menewaskan juara bertahan Liverpool dengan jaringan 1-0.

Ini memberikan kelab Madrid tersebut harapan untuk mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara.

Saul Niguez berjaya menjaringkan gol seawal minit keempat perlawanan sebelum pasukan Atletico mula bertahan, dan berjaya mematahkan serangan pantas Liverpool dan menafikan sebarang percubaan tepat ke pintu gawang.

“Malam ini, malam yang anda tidak akan dapat melupakan,” kata Simeone.

“Kami belum lagi mara ke pusingan seterusnya tetapi kami telah berjaya mengalahkan pasukan terbaik di dunia.”

Aksi pemain penyerang Liverpool, Mo Salah ketika mengawal bola dari pemain pertahanan Atletico Madrid, Felipe. – AP

Sekiranya penyerang Atletico Madrid, Alvaro Morata tidak terjatuh pada saat-saat penting, pastinya mereka mampu mendahului dengan dua gol di Anfield, di mana mereka akan bertemu dalam pusingan kedua bulan hadapan.

“Kami tidak ketinggalan 5-0,” kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.

“Kami tidak fikir ia akan menjadi mudah tetapi selagi kami mempunyai 11 pemain menyarungi jersi Liverpool, kami akan memberikan segala-galanya.

“Buat penyokong Liverpool yang boleh mendapatkan tiket, selamat datang ke Anfield.”

Isnin lalu, Jurgen Klopp berkata bahawa Atletico Madrid adalah ‘mesin keputusan’, akan tetapi kata-kata tersebut bukalah seperti yang digambarkan di mana Atletico Madrid ketinggalan 13 mata daripada pendahulu La Liga dan tewas sebanyak enam kali sepanjang musim. Sebelum perlawanan, bas pasukan Atletico telah diiringi oleh kepulan asap merah dari penyokong Atletico.

“Kami mula memenangi perlawanan sebaik saja bas kami melalui pusing keliling dan kami mula nampak penyokong kami,” kata Simeone.

Untuk perlawanan timbal balik akan diadakan di Anfield bulan depan. – AFP