Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Liverpool tumpaskan Shrewbury

    LONDON, 10 JAN – Bos Liverpool, Jurgen Klopp, kembali ke Anfield selepas menamatkan tempoh pengasingannya berikutan ujian positif COVID-19, menyaksikan pasukannya ketinggalan sebelum pulih dengan baik.

    Liverpool menamakan lima pemain pasukan remaja dalam pasukan mereka untuk menentang pasukan Liga Satu, Shrewbury selepas perlawanan yang terjejas akibat
    COVID-19, dengan lebih ramai pemain akademi di bangku simpanan.

    Kelab Merseyside itu juga terpaksa berdepan dengan kecederaan pemain dan ketiadaan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita, yang sedang berada di Piala Negara-Negara Afrika.

    Shrewbury memulakan perlawanan dengan aksi menggasak, menghindari sebarang ancaman, apabila Daniel Udoh merembat masuk dari jarak dekat selepas hantaran lintang dari Nathanael Ogbeta.

    Tetapi pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan hanya dalam tujuh minit selepas Kaide Gordon yang berusia 17 tahun dan 96 hari, menjadi penjaring kedua termuda dalam sejarah kelab tersebut.

    Reaksi pemain Liverpool, Kaide Gordon (kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Liverpool dan Shrewsbury Town di stadium Anfield, Liverpool, 9 Januari. – AP

    Liverpool mendahului sejurus sebelum separuh masa pertama apabila Ethan Ebanks-Landell menangani cabaran udara dengan Virgil van Dijk dan Fabinho menyempurnakan sepakan penalti.

    Pemain simpanan, Roberto Firmino telah menambah gol pendahuluan Liverpool dalam 12 minit sebelum tamat dengan sepakan belakang jarak dekat dan Fabinho menjaringkan gol keduanya dengan sepakan terakhir perlawanan.

    “Kami telah berlatih dengan gigih sejak Jumaat lalu dan itulah yang kami putuskan dengan barisan pasukan ini,” kata Klopp.

    “Para pemain telah berjuang bersungguh-sungguh.

    “Apabila awda mendapati gol pertama tidak menyebelahi awda, banyak perkara boleh terjadi tetapi saya suka dengan cara kami memberikan tindak balas.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...