Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Liverpool tuntut permohonan maaf penyokong

    PARIS, 1 JUN – Pengerusi Liverpool, Tom Werner telah menuntut permohonan maaf atas layanan yang diberikan kepada penyokong kelab tersebut selepas kerajaan Perancis menyalahkan kejadian penipuan tiket secara besar-besaran yang telah menyebabkan kekecohan semasa perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Real Madrid di Paris, baru-baru ini.

    Tuntutan tersebut dibuat apabila UEFA dan Persekutuan bola sepak Perancis (FFF), telah mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin lalu di Kementerian Sukan Perancis.

    Menurut kenyataan dari mesyuarat berkenaan, didapati sekitar 2,800 tiket palsu telah dikesan semasa perlawanan akhir berkenaan, menurut sumber mereka.

    Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh FFF kelmarin, seramai 35,000 orang tanpa tiket atau pun menggunakan tiket palsu telah memasuki Stadium de France untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

    Selain itu, dengan mengerahkan seramai 1,650 pengawal keselamatan dan kakitangan tiket, dengan jualan tiket tersebut meningkat sebanyak 25 peratus, pihak FFF mengatakan bahawa seramai 110,000 orang telah memasuki stadium berkenaan, menurut maklumat yang diperoleh menerusi beberapa pihak awam dan swasta.

    Oleh itu, FFF membuat kesimpulan bahawa terdapat penambahan dalam jumlah orang yang memasuki dewan tersebut iaitu seramai 35,000 orang yang berkemungkinan memasuki stadium tanpa tiket ataupun menggunakan tiket palsu menyebabkan kekecohan yang menyekat laluan masuk ke stadium serta menghalang beberapa orang pemegang tiket sebenar memasuki premis berkenaan sebelum perlawanan sepak mula yang berlangsung pada 9 malam.

    Kerajaan Perancis telah berdepan dengan pelbagai kritikan dalam menguruskan perlawanan tersebut, yang menyaksikan ribuan penyokong Liverpool dengan tiket sebenar mengalami kesukaran untuk memasuki Stadium de France.

    Pada perlawanan sepak mula tersebut, Real Madrid telah mendahului 1-0, ditangguhkan selama 36 minit bagi memberi masa kepada penyokong untuk memasuki premis berkenaan selepas terlibat dalam kesesakan dan diserang dengan gas pemedih mata serta semburan lada daripada pihak polis.

    Sementara itu, Werner, sebahagian daripada Kumpulan Sukan Fenway yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki Liverpool, berkata dalam surat yang dihantar kepada Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera pada Isnin lalu bahawa dia terkejut dengan komennya mengenai kejadian tersebut. – AFP

    Gambar fail menunjukkan ahli-ahli FFF semasa menghadiri mesyuarat di Kementerian Sukan Perancis untuk membincangkan mengenai punca permasalahan yang terjadi pada perlawanan berkenaan, pada 30 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...