Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Liz Truss PM baharu UK

    LONDON, 5 SEPT – Parti Konservatif Britain hari ini mengumumkan Liz Truss sebagai pemimpin baharu untuk mengganti Perdana Menteri Boris Johnson dan memimpin Britain dalam krisis ekonomi paling buruk negara dalam tempoh beberapa dekad.

    Setiausaha luar negeri itu menewaskan pesaingnya, bekas menteri kewangan Rishi Sunak, dalam undi 57 berbanding 43 peratus selepas kempen pada musim panas dan diputuskan oleh lebih 170,000 anggota Konservatif – sebahagian kecil daripada para pengundi Britain.

    Dalam ucapan ringkas selepas pengumuman di dewan konvensyen di tengah London, Truss berkata pemilihannya merupakan satu ‘penghormatan’ dan menganggp kempen sebagai ‘salah satu temu duga kerja paling lama dalam sejarah.’

    “Saya berkempen sebagai Konservatif, dan saya akan mentadbir sebagai Konservatif,” kata beliau, berjanji akan menegakkan dasar parti yang mementingkan tanggungjawab dan cukai yang rendah.

    Truss berikrar akan melancarkan ‘pelan’ untuk mengatasi pemotongan cukai dan krisis tenaga.

    Liz Truss (kanan) berjabat tangan dengan pemimpin Parti Konservatif, Andrew Stephenson. Truss telah diumumkan seba-gai pemimpin baharu untuk menggantikan Boris Johnson. – AP

    Butir-butir lanjut dijangka diumumkan pada hari-hari akan datang.

    Truss, 47, akan menjadi satu-satunya perdana menteri wanita ketiga UK selepas Theresa May dan Margaret Thatcher.

    Beliau akan mengangkat sumpah esok, selepas Johnson menyerah surat peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth II.

    Untuk kali pertama dalam pemerintahan 70 tahunnya, Ratu Elizabeth II akan melantik perdana menteri di kediaman percutiannya, Balmoral di Scotland dan bukannya di Istana Buckingham di London.

    Pada pagi esok, Johnson akan menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street sebelum berlepas ke Scotland untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ratu Elizabeth II.

    Truss dijangka berkunjung berasingan untuk menerima jemputan ratu untuk membentuk sebuah kerajaan baharu, untuk memastikan kesinambungan kerajaan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...