Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Lizzy dedah kisah dilayan teruk lelaki Narsisistik

    Mula mengorak langkah sebagai penyanyi, namun, kini, Elizabeth Tan, 30, dilihat lebih selesa sebagai pelakon.

    Apa yang pasti, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy tidak sesekali meninggalkan dunia nyanyian yang memperkenalkan namanya di persada seni.

    Bagi pelantun lagu Knock Knock dan Police Entry itu, bidang lakonan memberikan kepuasan tersendiri, namun, tidak kurang juga nyanyian masih dekat di hatinya.

    “Saya minat berlakon, namun, dalam masa yang sama, suka menulis lagu. Apa yang boleh dikatakan, bidang nyanyian dan muzik kini sudah jatuh nombor dua,” katanya kepada wartawan.

    Pelakon filem Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia dapat memberi inspirasi kepada pendengar menerusi bidang nyanyian dan penulisan lagu.

    Elizabeth Tan banyak terima tawaran lakonan, namun, tidak mengetepikan bidang nyanyian. – Agensi

    Justeru, kata Elizabeth atau nama sebenarnya, Elizabeth Tan Su Mei, tidak mungkin dirinya meninggalkan dunia muzik dan akan sentiasa berusaha untuk tampil dengan karya baharu.

    Terbaharu, Lizzy tampil berbeza dengan memilih berduet bersama penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Zynakal.

    Bergabung menerusi lagu berkonsep pop dansa ala Korea diberi judul Narsis, Lizzy berkata, kolaborasi itu dicetuskan Warner Music yang mahukan menggabungkan mereka dengan muzik lebih segar dalam memenuhi selera pendengar.

    Kata Lizzy, lagu Narsis mengisahkan manusia bersifat narsisistik yang sememangnya wujud di kalangan masyarakat.

    Malah, katanya, dia juga pernah berhadapan dengan individu bersikap narsisistik.

    “Saya mengakui lagu Narsis agak peribadi kerana saya berdepan dengan manusia di mana saya diperlakukan dengan teruk dan tidak adil. Namun, ia ialah pengalaman silam yang mendewasakan saya,” katanya.

    Selain itu, Lizzy sangat berharap Narsis mendapat sambutan positif selepas kali terakhir tampil dengan lagu duet bersama Hazama berjudul Beku, tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...